Puasa dari segi bahasa bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat :-
إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah akumenyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.
[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]
Maksud dalam ayat ini ialah menahan diri daripada berkata-kata .
Adapun makna dari segi istilah syara` ialah menahan diri daripada nafsu syahwat dan nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh ) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa .
Tahniah akhirnya dapat juga menghasilkan blog yang menarik dan banyak maklumat tentang puasa untuk panduan semua.
ReplyDeleteTahniah..
ReplyDeletebanyak infomasi dapat di kongsi kat blog Ustaz.