Saturday 8 December 2012

SYARAT SAH PUASA



1. Islam. Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.
2. Mumayyiz (iaitu dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik).

3. Suci dari haid (darah kotoran) dan nifas (darah setelah melahirkan anak). Orang yang kedatangan haid atau nifas tidak sah berpuasa tetapi keduanya wajib mengganti (membayar) puasa yang tertinggal itu secukupnya. (Qada': Ialah membayar kewajipan yang ditinggalkan sesudah waktunya, seperti orang yang meninggalkan puasa kerana haid, wajib ke atasnya menebus puasa yang ditinggalkan itu di dalam bulan lain. Kalau ketinggalan 3 hari, wajib ke atasnya qada' 3 hari juga).

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

No comments:

Post a Comment