Sunday 25 November 2012

NOTA BERKAITAN PUASA



PANDUAN PEMAHAMAN KONSEP IBADAH PUASA


Peta konsep ini dapat memberi panduan dalam mengikuti 
tajuk Ibadah Puasa dengan mudah.





Perkara Makruh Ketika Berpuasa




Di antara perkara makruh ketika berpuasa ialah: 



1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari.
Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu 
ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. 
Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir
 berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan
 oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda: 


Maksudnya: 
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak 

(gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat."
- ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)- 


2. Merasa Makanan dengan lidah
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan

 puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makryh begitu

 juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi.

Abbas r.a berkata:

Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja 


dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum."

- (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3.Berbekam

Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat
 adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. 
Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. 
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma
beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)


4.Berkumur secara berlebihan
Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan 

tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur
 ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan 
di ketika puasa adalah lebih baik. Berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , 
basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke 
hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; 
At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim

 dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)


5.Terlalu kerap mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. 
Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi
 selepas waktu subuh. Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi. 

Monday 19 November 2012

NOTA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)
Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))
3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:
“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))
4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”
Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”
Dalilnya adalah firman Allah:
“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)
Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):
“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN DUA
2011
DRAF


DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2
MODUL TERAS ASAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM



Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


iii - KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat
1. Rukun Negara v
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
3. Matlamat 1
4. Objektif 1
5. Fokus 2
6. Organisasi Kandungan 2
7. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 4



1- KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlakmulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yangberjaya di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:
i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;
vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;



2- FOKUS
Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah tahap satu memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, pemantapan asas-asas akidah, ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalamkehidupan harian.Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah tahap dua memberi penekanan yang lebih mendalam kepadakemahiran membaca al-Quran, pemantapan akidah, ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibardalam kehidupan harian. Modul Hadis diperkenalkan pada tahap ini sebagai pendedahan awal kepada murid tentang hadissebagi salah satu sumber hukum dalam Islam.Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah, murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan farduain dan fardu kifayah.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standardpembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid . Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendahdibahagikan kepada enam modul iaitu:Modul al Quran
Bidang ini memberi tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul HadisBidang ini memberi tumpuan kepada memahami pengertian secara umum serta menghayati pengajarannya.



3 - Modul Akidah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidahyang sahih, pengaplikasian tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

Modul Ibadah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. danmelaksanakannya dalam kehidupan harian.

Modul Sirah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar daripadanya sertamengaplikasikan tuntutan sirah dalam kehidupan harian.

Modul Adab
Bidang ini memberi tumpuan kepada penghayatan peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesamamanusia dan manusia dengan alam sekitar.

Modul Jawi
Bidang ini memberi tumpuan kepada pembacaan dan penulisan jawi serta mempelajari asas seni khat.









Saturday 10 November 2012

Thursday 1 November 2012

Soalan dan Latihan


ا :
فيليه دان ضاريسكن جوافن يغ بتول   :
                                             Pilih dan gariskan jawapan yang betul :


خونتوه :  
روكون ايمان اد ( انم / توجوه ) فركارا.



.1
مقصود برإيمان كفد كتاب۲ اللَّه اياله كيت مستي ميقيني بهاوا اللَّه

تله منورونكن كتاب۲ كفد ( رسول۲ / ملائكة۲ )




.2
كتاب القرءان دتورونكن كفد ( نبي عيسى /  نبي محمد )




.3
اد ( امفت / ليم ) بواه كتاب يغ واجب دفرخاياءي اوليه اورغ إسلام.




.4
نبي داءود منريما كتاب ( القرءان / زبور )





.5
القرءان مروفاكن ( معجزة / سحير ) تراضوغ كفد نبي محمد (ص)


خونتوه :
نبي محمد (ص) دلاهيركن فد بولن ______ 
ا-
محرم
ت-
ربيع الأول
ب-
صفر
ث-
شوال

.11
فكرجاءن نبي محمد (ص) سماس كخيل اياله________.
ا-
برنياض
ت-
برتاني
ب-
مغضمبالا كمبيغ
ث-
نلاين

.12
نبي محمد (ص) برصفة _______ كتيك بكرجا.
ا-
امانة
ت-
مالس
ب-
خيانة
ث-
سومبوغ

.13
كيت فرلو منخونتوهي _______ دان كتابهن نبي كتيك كخيل .
ا-
كتمفنن
ت-
ككاياءن
ب-
كمالسن
ث-
كصبرن

.14
نبي محمد (ص) مغضمبالا كمبيغ كفوثاءن _______
ا-
ابو طالب
ت-
ابو لهب
ب-
ابو سامه
ث-
ابو جهل

.15
انتارا كسن درفد فكرجاءن نبي محمد اياله براخلاق ______
ا-
كجي
ت-
موليا
ب-
سدرهان
ث-
بوروق

سوءالن نومبور 20 – 16 :




Kem akhil baligh

Cara-cara berwuduk

Cara-cara bwerwuduk
: Membasuh tangan ke siku