Monday 19 November 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN DUA
2011
DRAF


DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2
MODUL TERAS ASAS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM



Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


iii - KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat
1. Rukun Negara v
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
3. Matlamat 1
4. Objektif 1
5. Fokus 2
6. Organisasi Kandungan 2
7. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 4



1- KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlakmulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yangberjaya di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:
i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;
vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;



2- FOKUS
Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah tahap satu memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, pemantapan asas-asas akidah, ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalamkehidupan harian.Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah tahap dua memberi penekanan yang lebih mendalam kepadakemahiran membaca al-Quran, pemantapan akidah, ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibardalam kehidupan harian. Modul Hadis diperkenalkan pada tahap ini sebagai pendedahan awal kepada murid tentang hadissebagi salah satu sumber hukum dalam Islam.Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah, murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan farduain dan fardu kifayah.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan standardpembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid . Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendahdibahagikan kepada enam modul iaitu:Modul al Quran
Bidang ini memberi tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul HadisBidang ini memberi tumpuan kepada memahami pengertian secara umum serta menghayati pengajarannya.



3 - Modul Akidah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidahyang sahih, pengaplikasian tuntutan akidah dalam kehidupan harian .

Modul Ibadah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. danmelaksanakannya dalam kehidupan harian.

Modul Sirah
Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar daripadanya sertamengaplikasikan tuntutan sirah dalam kehidupan harian.

Modul Adab
Bidang ini memberi tumpuan kepada penghayatan peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesamamanusia dan manusia dengan alam sekitar.

Modul Jawi
Bidang ini memberi tumpuan kepada pembacaan dan penulisan jawi serta mempelajari asas seni khat.









No comments:

Post a Comment