Saturday 8 December 2012

PENGERTIAN PUASA DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH SYARA'.




Puasa dari segi bahasa bermakna : menahan daripada sesuatu.
Sebagaimana ayat  :-

إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا


Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah akumenyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.

[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

Maksud dalam ayat ini ialah menahan diri daripada berkata-kata .

Adapun makna dari segi istilah syara` ialah  menahan diri daripada nafsu syahwat dan nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh ) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa .

2 comments:

  1. Tahniah akhirnya dapat juga menghasilkan blog yang menarik dan banyak maklumat tentang puasa untuk panduan semua.

    ReplyDelete
  2. Tahniah..
    banyak infomasi dapat di kongsi kat blog Ustaz.

    ReplyDelete