Syarat-syarat wajib puasa adalah :
1. Berakal: Orang yang gila tidak wajib puasa.
2. Baligh (umur 15 tahun ke atas) atau tanda yang lain. Kanak-kanak kecil tidak wajib puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w:
رفع القلم عن ثلاثة : عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يحتلم ، وعن المجنون حتى يعقل
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)
3. Mampu berpuasa. Orang yang tidak mampu samada kerana tua atau sakit tidak diwajibkan ke atas mereka berpuasa.
Firman Allah s.w.t:
وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksud: Sesiapa yang sakit atau sedang dalam perjalanan, maka hendaklah dia berpuasa di hari lain. Allah menghendaki keringanan bagi kamu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran ke atas kamu.
[Surah Al-Baqarah, Ayat: 185]
Firman Allah s.w.t:
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
Maksud: Dan ke atas orang yang mampu tetapi amat payah menunaikannya (kerana tua, lemah atau sebagainya) hendaklah dia membayar fidyah, (iaitu) memberi makan orang miskin
|
Saturday, 8 December 2012
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment